Sunday, March 16, 2008

israk mi'raj

Israk Mi’raj suatu peristiwa yang manakjubkan.Seperti yang kita ketahui, peristiwa Isra’ Mi’raj merupakan satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah islam. Disinilah pelbagai rintitan peristiwa dapat kita hayati dan fikirkan dimana hikmahnya diatas setiap apa yang ALLAH tetapkan buat hamba-hambanya. Peristiwa yang dialami oleh Rasulullah Habibuna kita ini belaku pada tahun 621 masihi. Peristiwa paling berharga ini berlaku pada satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra’ dan Mi’raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya (Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.Maha suci ALLAH Rabbuljalil, dalam perjalanan yang semalaman ini, baginda telah naik sehingga lapisan langit ke tujuh. Peristiwa Israk Mikraj ini adalah hadiah paling istimewa untuk disampaikan kepada umat Muhammad SAW iaitu ibadah SOLAT. Rukun-rukun Islam yang lain yang diterima Nabi disampaikan melalui malaikat Jibril manakala perintah mengenai ibadah solat disampaikan terus kepada Nabi Muhammad SAW. Begitu istimewanya taklifan yang diamanah oleh ALLAH buat Rasul kesayangan kita dan ia juga merupakan hadiah yang paling bermakna buat kita hamba-hamba yang sememangnya abduh di muka bumi ini. Tidak ada alasan bagi sesiapa pun yang meninggalkan solat.Dikhabarkan juga kepada kita perbagai kisah yang menakjubkan iaitu balasan-balasan yang bakal diterima oleh kita diakhirat kelak. Rasulallah s.a.w. juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya. Nabi juga dilihatkan golongan yang sedang makan daging yang baik dan yang busuk. Satu golongan memilih daging yang busuk dan satu golongan memilih daging yang baik sahaja. “Siapakah mereka itu Jibril? Tanya Nabi kepada Jibril. “Mereka adalah dari golongan orang meninggalkan wanita yang dihalalkan dan mencarikan wanita yang diharamkan?. Begitulah di antara peristiwa yang ditemui Nabi dalam pengembaraannya. Banyak lagi peristiwa yang boleh menjadi pengajarannya. Dari pengalaman yang luar biasa ini membuatkan Nabi bertambah berani untuk menunjukkan kebenaran Allah kepada makhluk di bumi.Jelas natijah yang ingin disampaikan oleh ALLAH ‘Azza wa Jalla adalah kita diwajibkan melakukan ibadah yang diredhoi. Setiap perbuatan yang baik, akan dibalas baik diakhirat kelak. Begitulah sebaiknya. Wallahu’lam………